Konvokesyen Bersama KLensa

Sekarang musim konvokesyen. Terdapat beberapa universiti akan mengadakan majlis konvokesyen. Majlis konvokesyen diadakan saban tahun bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Kejayaan graduan ini diberi pengiktirafan bukan sahaja oleh pihak pengurusan universiti dan para pensyarah mereka, namun apa yang lebih penting ialah ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa.

Antara contoh-contoh gambar dari Keledek Lensa. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk gambarkan detik kenangan yang tidak dapat dilupakan. Keledek Lensa juga ada menawarkan printed photo & family portrait. Tak payah lagi nak beratur panjang dekat booth untuk tangkap beberapa keping gambar sahaja.

Tun Mahathir Yang Humble

Asia GT Festival 2019, Sepang International Circuit Malaysia. Alhamdulillah pengalaman yang sangat menarik. Time dapat tiket, terus bersemangat hantar gambar tiket dalam group family. Plan nak datang hanya untuk suka-suka. Dengar bunyi bising ekzos kereta dan duduk dekat satu kerusi sehingga kebas satu badan tapi dapat reply suruh shoot pulak. Hmm…mula lah drama TV3 setiap jam 7 malam. Baru je nak enjoy the show but then ada kerja yang kena buat.

Pada mulanya, perasaan bersemangat tu jadi ada takde sebab tak dapat nak enjoy the show sepenuhnya. Kadang-kadang juga rasa macam nak give up dengan sesuatu perkara yang kita rasa dah bagi perhatian dengan sepenuh hati tapi dalam hidup ni, bukan senang sebenarnya nak capai apa yang diinginkan tanpa sebarang cabaran dan dugaan. Bila difikirkan semula, bodoh sungguh diri ni kalau give up disebabkan halangan yang datang secara tiba-tiba. Jangan pernah sesekali give up. Sentiasa cuba mencari cara untuk memotivasikan diri supaya sentiasa pandang ke arah hadapan.

Jadi seperti Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. Beliau tidak pernah luntur semangat juang untuk bangsa Melayu, Islam dan rakyat Malaysia sedangkan umur pun dah 93 tahun dan meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan peribadi. Apa salahnya kita yang beshe-beshe ni sayangi diri walaupun dalam kejatuhan atau kegagalan. Motivasikan diri tu even tengah berada di tahap yang paling rendah dan lemah dalam hidup daripada mengutuk diri sendiri. Percayalah, takkan ada positifnya bila merendahkan diri lagi sehingga malas nak berusaha.

Naikkan Lagi Perniagaan Dengan Gambar

Pada zaman atuk nenek, kita diwajibkan untuk berdoa dulu sebelum makan, tapi zaman sekarang ni dia jadi lain sikit iaitu mengambil gambar dulu sebelum makan, atau selfie dulu sebelum makan. Katanya kenangan tak dapat dibeli termasuklah roti canai di tepi jalan.

Kalau nak cerita pasal ‘camera‘ pulak, boleh dikatakan semua orang ada kamera canggih-canggih. Contohnya, Sony, Canon, Nikon, Nokia…eh! Nokia bosskur tapi masih tak dapat gambar yang bak kata om puteh “the best“. Sebenarnya, even camera dah canggih tapi taktau basic tips dia, memang susah nak hasilkan something yang kita puas hati. Without further due, korang boleh check contoh-contoh gambar makanan dari Keledek Lensa.

 

Berikut merupakan gambar yang saya hasilkan untuk beberapa pelanggan saya yang mahukan gambar produk dan gambar makanan. Ada diantara mereka telah menggunakan gambar tersebut untuk menu makanan kedai mereka.

Otai Bukan Beshe Beshe

Antara berpuluh-puluh gambar, hanya satu yang dipuji separa sampah. Hari demi hari dimaki bila datang bekerja. Diam bila ditegur, sabar bila ditengking, tidak berlawan kata bila point dari otai bukan beshe beshe sendiri lari dengan tajuk. Tunjuk reference A tapi bila bagi A, katanya yang diminta semalam adalah B. Inilah sesi yang membuatkan diri kita lebih matang dan sedar bahawa kelemahan masih menguasai diri. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.

Kesilapan itu adalah teguran buat kita. Contohnya, ketika mana saya salah dalam menghasilkan sesuatu. Ya, saya silap. Apa perasaan saya ketika itu? Malu? Tidak. Perasaan malu itu langsung tiada. Tapi perasaan yang timbul pada masa itu adalah lega, sekurang-kurangnya silap itu menjadi pengajaran. Alaa, dalam hal belajar, bodoh sesaat tu tak mengapa. Asalkan jangan dah tahu salah, tapi masih tetap memilih salah sebab kejayaan bergantung kepada apa yang kita lakukan dengan diri sendiri. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.

Result Spm Malu Apa Bosskur

 

Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga, yang dekat mahupun yang jauh. Semua nak tahu apa keputusan SPM saya. Dari adik-beradik sampai ke nenek bertanya-tanya, SPM dapat berapa? Tak sabar nak tahu. Nak main compare-compare lah tu. Dalam whatsapp group keluarga, kakak awal-awal lagi dah bagi tanda????

SPM memang boleh membuatkan semua pelajar naik gila, jantung berdegup sehingga nak tercabut tapi ada yang lebih gila dari pelajar-pelajar ini iaitu parents dan orang sekeliling. Ada yang memberi sokongan dan tak kurang yang memandang rendah pada result yang kami dapat.

Tapi bagi saya, SPM bukan segalanya. Saya dah beritahu tentang ini oleh parents saya sejak 2 tahun dulu. Saya ambil SPM pun demi memuaskan kehendak orang-orang tertentu. Jadi keputusan SPM yang keluar pada hari ini hanya sebagai simbol pengakhiran zaman sekolah saya. Tentang berapa A, berapa B dan berapa C tak penting sangat pun(taknak lah sebut D walaupun dalam slip ada D…heheheh…).

Namun, apa yang best nak bagitau semua yang nak tahu “SPM saya LULUS semua subjek…tak ada satu subjek pun GAGAL”

Ya, bukan semua orang dapat cemerlang dalam akademi. Saya mungkin salah seorang daripadanya. Tetapi saya tetap bersyukur dan mungkin boleh dianggap budak bijak juga dengan keputusan LULUS semua subjek ini.

Saya lulus semua dalam keadaan:

  1. Tidak hadir sekolah melebihi 40% dari hari persekolahan. Join kursus fotografi di Saiful Nang Akademi(SNAP) sahaja dah 4 bulan. Lepas habis di SNAP, dapat pula job-job fotografi yang tak mampu ditolak kerana pendapatan lumayan yang ditawarkan pelanggan.
  2. Selalu masuk kelas lambat dan dalam kelas juga tertidur(sebab kadang-kadang saya ada job fotografi atau editing photo sampai lewat malam).

Ya, bukan semua orang dapat cemerlang dalam akademi. Saya mungkin salah seorang darinya. Tetapi saya bersyukur, walaupun saya tidak cemerlang dalam SPM, sekurang-kurangnya…

  1. Sebelum keluar keputusan SPM lagi, saya dah ada kerjaya saya sendiri. Saya sudah masuk kedua-dua kaki dalam industry fotografi sedangkan kawan-kawan sekolah saya masih tercari- cari borang nak mohon sambung belajar ke mana. Nak pilih jurusan apa. Nak masuk kemahiran atau sambung U. Lepas habis belajar kelak nak kerja apa? Sedangkan saya dah ada kerja yang boleh membuatkan saya sibuk setiap hari.
  2. Saya tak payah lagi fikir nak buat pinjaman belajar PTPTN. Saya dah boleh focus fikir macam mana nak tambah job supaya saya boleh dapat bayaran yang boleh buatkan saya kaya nanti.
  3. Dalam masa kawan-kawan tengah fikirkan arah hala tuju mereka, saya dah pun ada empayar Keledek Lensa saya sendiri. Aset pun dah banyak. Kamera dan peralatan studio sahaja dah berpuluh ribu nilainya.

Jadi…dengan keputuan SPM, saya lulus sepenuhnya, Malu apa bosskur.

Semoga tulisan blog saya ini menjawab persoalan anda yang nak tahu jawapan SPM saya.

The point is jangan sesekali pun memandang ke arah negative. Setiap individu memang akan berjaya cuma bezanya adalah cepat dan lambat. Ubah persepsi ke arah positive.

Saya juga nak ambil kesempatan ucap terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang saya bergelumang untuk SPM. Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa berdoa, terima kasih kepada cikgu-cikgu yang melayan karenah saya dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa membantu. Terima kasih semua.

Edri Haziq
Budak Bijak Yang Separa Pandai

 

Short Film

Niat cuma mahu belajar supaya dapat asah lagi bakat. Tak minta banyak pun, hanya minta untuk berkolaborasi bersama sahaja dengan cara win win situation. Saya tengok budak umur belasan tahun sekarang sudah ada account instagram untuk production mereka sendiri yang baru berpengalaman dalam industri video. Saya telah dm beberapa tapi dengan pantas mereka buat seperti kita tidak pernah pegang camera. Sedikit rasa untuk berkenalan dengan lebih rapat atau bekerjasama pun seperti pudar dalam diri mereka kerana terlalu banggakan video yang telah mereka hasilkan.

Di bawah merupakan salah satu video contoh saya yang tergendala sejak awal bulan 2. Semangat untuk teruskan berasa tipis kerana tidak ada commitment dari orang lain untuk bekerjasama. Kebanyakan yang saya cari, mereka suka memberi pelbagai alasan. Mungkin kerana production mereka boleh berdiri tanpa disedari orang lain.

Apa salahnya jika kita rendahkan diri dan bekerjasama walaupun rasa diri tu lebih hebat dari saya. Saya mengaku saya masih bawahan dan umur pun saing-saing mereka tetapi kalau dapat bercampur otak untuk hasilkan sesuatu sudah tentu menjadi lebih menarik.

Studio Photography

Bidang usaha jasa yang ingin saya minati saat ini adalah studio photography, dengan alasan saya suka apabila kita mengarah mereka untuk membuat gaya yang kena dengan concept yang diinginkan. Terutama bagi mereka yang ingin mempromosikan produk. Dulu mungkin kurang tetapi pada era masa kini, shooting di studio merupakan trend dan lebih kemas untuk kita pamerkan di social media. Alasan lain mengapa saya ingin membuka studio adalah kerana photograpy adalah salah satu hobi saya sejak saya berumur 15 tahun.