Short Film

Niat cuma mahu belajar supaya dapat asah lagi bakat. Tak minta banyak pun, hanya minta untuk berkolaborasi bersama sahaja dengan cara win win situation. Saya tengok budak umur belasan tahun sekarang sudah ada account instagram untuk production mereka sendiri yang baru berpengalaman dalam industri video. Saya telah dm beberapa tapi dengan pantas mereka buat seperti kita tidak pernah pegang camera. Sedikit rasa untuk berkenalan dengan lebih rapat atau bekerjasama pun seperti pudar dalam diri mereka kerana terlalu banggakan video yang telah mereka hasilkan.

Di bawah merupakan salah satu video contoh saya yang tergendala sejak awal bulan 2. Semangat untuk teruskan berasa tipis kerana tidak ada commitment dari orang lain untuk bekerjasama. Kebanyakan yang saya cari, mereka suka memberi pelbagai alasan. Mungkin kerana production mereka boleh berdiri tanpa disedari orang lain.

Apa salahnya jika kita rendahkan diri dan bekerjasama walaupun rasa diri tu lebih hebat dari saya. Saya mengaku saya masih bawahan dan umur pun saing-saing mereka tetapi kalau dapat bercampur otak untuk hasilkan sesuatu sudah tentu menjadi lebih menarik.

One Reply to “Short Film”

  1. Alhamdulillah niat yang tulus ikhlas dan murni. Seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan menghasilkan bunyi.
    Teruskan usaha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *