Result Spm Malu Apa Bosskur

 

Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga, yang dekat mahupun yang jauh. Semua nak tahu apa keputusan SPM saya. Dari adik-beradik sampai ke nenek bertanya-tanya, SPM dapat berapa? Tak sabar nak tahu. Nak main compare-compare lah tu. Dalam whatsapp group keluarga, kakak awal-awal lagi dah bagi tanda????

SPM memang boleh membuatkan semua pelajar naik gila, jantung berdegup sehingga nak tercabut tapi ada yang lebih gila dari pelajar-pelajar ini iaitu parents dan orang sekeliling. Ada yang memberi sokongan dan tak kurang yang memandang rendah pada result yang kami dapat.

Tapi bagi saya, SPM bukan segalanya. Saya dah beritahu tentang ini oleh parents saya sejak 2 tahun dulu. Saya ambil SPM pun demi memuaskan kehendak orang-orang tertentu. Jadi keputusan SPM yang keluar pada hari ini hanya sebagai simbol pengakhiran zaman sekolah saya. Tentang berapa A, berapa B dan berapa C tak penting sangat pun(taknak lah sebut D walaupun dalam slip ada D…heheheh…).

Namun, apa yang best nak bagitau semua yang nak tahu “SPM saya LULUS semua subjek…tak ada satu subjek pun GAGAL”

Ya, bukan semua orang dapat cemerlang dalam akademi. Saya mungkin salah seorang daripadanya. Tetapi saya tetap bersyukur dan mungkin boleh dianggap budak bijak juga dengan keputusan LULUS semua subjek ini.

Saya lulus semua dalam keadaan:

  1. Tidak hadir sekolah melebihi 40% dari hari persekolahan. Join kursus fotografi di Saiful Nang Akademi(SNAP) sahaja dah 4 bulan. Lepas habis di SNAP, dapat pula job-job fotografi yang tak mampu ditolak kerana pendapatan lumayan yang ditawarkan pelanggan.
  2. Selalu masuk kelas lambat dan dalam kelas juga tertidur(sebab kadang-kadang saya ada job fotografi atau editing photo sampai lewat malam).

Ya, bukan semua orang dapat cemerlang dalam akademi. Saya mungkin salah seorang darinya. Tetapi saya bersyukur, walaupun saya tidak cemerlang dalam SPM, sekurang-kurangnya…

  1. Sebelum keluar keputusan SPM lagi, saya dah ada kerjaya saya sendiri. Saya sudah masuk kedua-dua kaki dalam industry fotografi sedangkan kawan-kawan sekolah saya masih tercari- cari borang nak mohon sambung belajar ke mana. Nak pilih jurusan apa. Nak masuk kemahiran atau sambung U. Lepas habis belajar kelak nak kerja apa? Sedangkan saya dah ada kerja yang boleh membuatkan saya sibuk setiap hari.
  2. Saya tak payah lagi fikir nak buat pinjaman belajar PTPTN. Saya dah boleh focus fikir macam mana nak tambah job supaya saya boleh dapat bayaran yang boleh buatkan saya kaya nanti.
  3. Dalam masa kawan-kawan tengah fikirkan arah hala tuju mereka, saya dah pun ada empayar Keledek Lensa saya sendiri. Aset pun dah banyak. Kamera dan peralatan studio sahaja dah berpuluh ribu nilainya.

Jadi…dengan keputuan SPM, saya lulus sepenuhnya, Malu apa bosskur.

Semoga tulisan blog saya ini menjawab persoalan anda yang nak tahu jawapan SPM saya.

The point is jangan sesekali pun memandang ke arah negative. Setiap individu memang akan berjaya cuma bezanya adalah cepat dan lambat. Ubah persepsi ke arah positive.

Saya juga nak ambil kesempatan ucap terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang saya bergelumang untuk SPM. Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa berdoa, terima kasih kepada cikgu-cikgu yang melayan karenah saya dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa membantu. Terima kasih semua.

Edri Haziq
Budak Bijak Yang Separa Pandai

 

2 Replies to “Result Spm Malu Apa Bosskur”

Leave a Reply to Edni Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *