Otai Bukan Beshe Beshe

Antara berpuluh-puluh gambar, hanya satu yang dipuji separa sampah. Hari demi hari dimaki bila datang bekerja. Diam bila ditegur, sabar bila ditengking, tidak berlawan kata bila point dari otai bukan beshe beshe sendiri lari dengan tajuk. Tunjuk reference A tapi bila bagi A, katanya yang diminta semalam adalah B. Inilah sesi yang membuatkan diri kita lebih matang dan sedar bahawa kelemahan masih menguasai diri. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.

Kesilapan itu adalah teguran buat kita. Contohnya, ketika mana saya salah dalam menghasilkan sesuatu. Ya, saya silap. Apa perasaan saya ketika itu? Malu? Tidak. Perasaan malu itu langsung tiada. Tapi perasaan yang timbul pada masa itu adalah lega, sekurang-kurangnya silap itu menjadi pengajaran. Alaa, dalam hal belajar, bodoh sesaat tu tak mengapa. Asalkan jangan dah tahu salah, tapi masih tetap memilih salah sebab kejayaan bergantung kepada apa yang kita lakukan dengan diri sendiri. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *