Tun Mahathir Yang Humble

Asia GT Festival 2019, Sepang International Circuit Malaysia. Alhamdulillah pengalaman yang sangat menarik. Time dapat tiket, terus bersemangat hantar gambar tiket dalam group family. Plan nak datang hanya untuk suka-suka. Dengar bunyi bising ekzos kereta dan duduk dekat satu kerusi sehingga kebas satu badan tapi dapat reply suruh shoot pulak. Hmm…mula lah drama TV3 setiap jam 7 malam. Baru je nak enjoy the show but then ada kerja yang kena buat.

Pada mulanya, perasaan bersemangat tu jadi ada takde sebab tak dapat nak enjoy the show sepenuhnya. Kadang-kadang juga rasa macam nak give up dengan sesuatu perkara yang kita rasa dah bagi perhatian dengan sepenuh hati tapi dalam hidup ni, bukan senang sebenarnya nak capai apa yang diinginkan tanpa sebarang cabaran dan dugaan. Bila difikirkan semula, bodoh sungguh diri ni kalau give up disebabkan halangan yang datang secara tiba-tiba. Jangan pernah sesekali give up. Sentiasa cuba mencari cara untuk memotivasikan diri supaya sentiasa pandang ke arah hadapan.

Jadi seperti Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. Beliau tidak pernah luntur semangat juang untuk bangsa Melayu, Islam dan rakyat Malaysia sedangkan umur pun dah 93 tahun dan meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan peribadi. Apa salahnya kita yang beshe-beshe ni sayangi diri walaupun dalam kejatuhan atau kegagalan. Motivasikan diri tu even tengah berada di tahap yang paling rendah dan lemah dalam hidup daripada mengutuk diri sendiri. Percayalah, takkan ada positifnya bila merendahkan diri lagi sehingga malas nak berusaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *